Malaysia Raih 4.28 Mata Ranking FIFA, Pintas Hong Kong & Hampiri Lithuania
Dunia
FA Malaysia (BG)
Advertisements

Malaysia raih 4.28 mata tambahan mata ranking FIFA untuk 2 aksi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Kemboja dan Maldives sekaligus memintas kedudukan Hong Kong dan menghampiri Lithuania.

Perlawanan persahabatan untuk kedua-dua perlawanan ini dimainkan di luar tetingkap Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA namun Malaysia mencatat unjuran positif perkukuh kedudukan ranking semasa seperti yang dikeluarkan laman kiraan mata ranking secara masa nyata, football-ranking.com.

Kemenangan bertemu Kemboja 4-0 pada 9 Disember di Stadium Bukit Jalil membantu Malaysia peroleh tambahan +1.96 mata manakala kemenangan ke atas Maldives pada Rabu, 14 Disember membantu Malaysia peroleh tambahan +2.32.

Advertisements

Malaysia kini berada di kedudukan ke-145 dunia dengan jumlah mata keseluruhan 1,066.60 berbanding 1,062 mata 2 minggu lalu.

Malaysia berpeluang meraih anggaran 8.70 mata tambahan jika berjaya memenangi keseluruhan perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF menentang Myanmar, Laos, Vietnam dan Singapura yang dijadualkan bermula 21 Disember ini.

Advertisements

Sekiranya Malaysia meraih 8.70 mata dan mara ke separuh akhir Piala AFF, Malaysia berpeluang memperbaiki kedudukan ranking menghampiri 140 terbaik dunia memintas Lithuania, Eswatini, Nicaragua, Burundi dan St. Kitts and Nevis.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram