Malaysia Tak Ada Apa-Apa Masalah Jumpa Vietnam
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pertemuan separuh akhir melibatkan pasukan Vietnam dan juga Malaysia yang bakal berlangsung di Stadium Viet Tri, Hu Tho, malam esok dijangka berlangsung dengan cukup sengit.

Sungguhpun pasukan kendalian Park Hang Seo memiliki reputasi yang cukup besar di Asia Tenggara sudah pasti memiliki kelebihan di atas kertas untuk meraih pingat emas pada edisi kali ini.

Walaupun begitu, pasukan bimbingan Brad Maloney tetap optimis untuk mencipta kejutan sekaligus membuka peluang buat pasukan muda negara mara ke pentas akhir.

Advertisements

“Vietnam adalah pasukan yang sangat bagus dan pilihan untuk menjadi juara.”

“Mereka ramai pemain berkualiti dan kami harus berwaspada dengan 11 pemain mereka di atas padang, bukan sahaja dua atau tiga pemain.”

Menurut satu kenyataan oleh pemain serangan pasukan negara, Syahir Bashah, beliau menunjukkan kesungguhan dan amat yakin dengan kemampuan rakan sepasukan untuk terus memberi saingan yang cukup sengit ke atas pasukan tersebut.

Advertisements

“Aspek taktikal saya serahkan kepada jurulatih, tapi saya yakin jurulatih mesti ada taktikal istimewa untuk menentang Vietnam dan kami akan memberi yang terbaik.”

“Jumpa Vietnam pun satu peluang untuk kita kerana jumpa tuan rumah. Jadi dari segi, ia semangat lebih baik untuk kami dan kami akan cuba kalahkan mereka,” katanya kepada BH Sukan.

Bukan itu sahaja, pemain berusia 20 tahun melihat ada ruang yang boleh dimanfaatkan untuk membenam cabaran Vietnam kali ini.

Advertisements

Sambil itu, bekas bintang muda Perak ini juga percaya bahawa ini merupakan satu peluang yang sangat baik untuk terus membuktikan kemampuan sebenar Malaysia.

Pertemuan epik ini juga membuka ruang untuk menebus semula kehampaan selepas tewas pada saingan akhir Sukan SEA pada tahun 2017.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram