Manchester United Catat Rekod Terburuk Sepanjang Zaman
Dunia
Manchester Evening News
Advertisements

Pasukan gergasi dunia, Manchester United telah mencatatkan rekod terburuk sepanjang zaman dalam kempen saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selepas tewas 1-0 pada aksi terakhir ditangan Crystal Palace pada semalam, kelab yang terkenal dengan slogan The Red Devils itu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris 2021/2022 di tangga keenam liga.

Hanya berjaya mengutip sebanyak 58 mata secara keseluruhan, jumlah tersebut merupakan kutipan mata terendah Manchester United sepanjang beraksi di saingan Liga Perdana Inggeris. 

Advertisements

Tidak ketinggalan, musim ini juga merupakan kali pertama dalam sejarah Manchester United mencatatkan 0 perbezaan jaringan. Apa yang lebih mendukakan, musim ini merupakan bolos tertinggi yang diraih Manchester United sepanjang zaman iaitu sebanyak 57 bolos. 

38 perlawanan saingan liga menyaksikan Manchester United berjaya menang sebanyak 16 kali, seri sebanyak 10 kali dan tewas sebanyak 12 kali.

Musim terumbang ambing Manchester United dijangka bakal berakhir dengan kehadiran pengurus baharu Manchester United, Erik ten Hag. Erik dikatakan bakal melakukan perubahan drastik ke dalam skuad The Red Devils dan berusaha kembali membawa era kegemilangan Manchester United.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram