Ads
Dunia
Manchester United


Manchester City meraikan kejayaan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas melakukan kebangkitan dramatik untuk mengatasi Aston Villa dengan keputusan 3-2.

Advertisements

Pasukan kendalian Pep Guardiola menurunkan kesebelasan utama pasukan tatkala mereka berusaha untuk meraih 3 mata penting untuk menjuarai liga sekaligus mengatasi Liverpool di tempat kedua.

Advertisements

Kejayaaan ini juga menyaksikan bahawa The Citizens mereka berjaya merampas kedudukan di tempat kedua.

Advertisements

Advertisements

Namun begitu, kejuaraan ke-6 Liga Perdana Inggeris (EPL) City itu masih tidak dapat mengatasi rekod yang dipegang oleh jiran tetangga mereka iaitu Manchester United.

Ini disebabkan The Red Devils kekal mendominasi dan meninggalkan jauh jiran mereka iaitu Manchester City di tempat kedua. 

Advertisements

Sungguhpun prestasi United tidak begitu memberangsangkan dalam 5 musim kebelakangan ini, rekod mereka masih tidak diatasi oleh mana-mana pasukan.

Kali terakhir mereka menjuarai EPL pada tahun 2012 ketika era pemerintahan Sir Alex Ferguson.

Selepas itu, cubaan mereka untuk merangkul trofi itu berteruskan sehinggalah hampir melakukannya ketika di bawah kendalian Jose Mourinho.

United berada di tempat kedua di belakang Manchester City yang sudah mula untuk mendominasi EPL sehingga kini.

Advertisements

Kehadiran jurulatih baharu ke kem Manchester United, Erik Tan Hag dilihat mampu untuk memulakan era kebangkitan United dalam usaha untuk memecahkan dominasi City dan Liverpool ketika ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram