fbpx

Marcus Rashford Berehat 3 Bulan

Photo: Frank Augstein/AFP/Getty Images

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Berita buruk buat penyokong Manchester United apabila bintang utama mereka, Marcus Rashford bakal diketepikan untuk beberapa bulan bagi menjalani pembedahan ekoran kecederaan bahu yang dialami oleh beliau.

Perkara ini diumumkan secara rasmi di laman web dan juga laman sosial Manchester United. Keputusan ini dibuat setelah mendapatkan pandangan Ole Gunnar Solksjaer, staf medikal kelab dan juga pakar perubatan menurut laman web Manchester United.

Rashford dilaporkan bakal kembali pulih sepenuhnya daripada pembedahan pada bulan Oktober ini dan Manchester United terpaksa beraksi tanpa kelibat pemain berusia 23 tahun ini sehingga Oktober.

Rashford merupakan pemain utama posisi sayap kiri United dan telah terlibat dalam 55 gol liga sepanjang 179 penampilannya dalam Premier League. Menurut Mirror, Rashford mengalami kecederaan bahu kiri pada November tahun lalu dan masih beraksi sehingga tamat musim 2020/2021 walaupun dalam keadaan tercedera.

Tanpa kelibat Rahford, Ole terpaksa mencari alternatif lain bagi mengisi kekosongan posisi sayap kiri Manchester United. Daniel James, Juan Mata dan Jesse Lingard antara pemain yang mampu bermain di bahagian sayap kiri United ketika ini.

Kehilangan Rashford buat seketika ini mungkin memberi peluang buat Daniel James dan Jesse Lingard untuk menyinar bersama pasukan Manchester United.