Manja Man Diumum Jurulatih Baharu Kelantan
Liga M3
BRM Kuala Kangsar FC
Advertisements

Pasukan Liga A1 Semi Pro, Kelantan FC mengumumkan perlantikan Manja Man sebagai jurulatih baharu pasukan untuk musim 2024/25.

Perlantikan bekas jurulatih Perlis FA itu diumumkan pengurusan The Red Warriors di platform media sosial mereka semalam.

Manja dibawa masuk bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan jurulatih Argentina, Alfredo Vera. Ini selepas Vera memilih kembali ke Indonesia untuk melatih RANS Nusantara.

Advertisements

“Secara rasminya Encik Manja Man menjadi ketua jurulatih Kelantan FC musim 2024.

“Beliau mahu mencari, membentuk dan melahirkan generasi pemain bolasepak berkemahiran tinggi, seperti apa yang diterapkan dalam diri dan latihan Pembentukan Pemain Profesional dan pemain harus tahu apa yang dimaksudkan pemain bola sepak profesional,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Pengurusan The Red Warriors turut mengumumkan sasaran buat beliau untuk memacu pasukan itu kembali ke Liga Super pada musim seterusnya.

Advertisements

Selepas perlantikannya disahkan, Manja berharap dapat memulihkan kembali prestasi pasukan dan memburu slot kelayakan ke Liga Super musim 2025/26.

“Pemain Kelantan mempunyai semangat berlawan yang kuat, saya nak kembalikan pemain Kelantan di tempat sepatutnya.

“Insya Allah, kita pulihkan pasukan dahulu dalam Liga A1 Semi Pro sebelum berjuang semula di Liga Super 2025 2026!” katanya.

Advertisements

Kelantan perlu bersaing dengan 15 pasukan lain dalam Liga A1 Semi Pro untuk merebut slot kelayakan ke Liga Super musim 2025/26.

Antara pasukan yang bakal bersaing dengan mereka untuk slot berkenaan ialah juara musim 2023, Imigresen FC dan naib juara, KL Rovers.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram