Mano Polking: Sejujurnya Saya Berasa Takut
Dunia
AFC
Advertisements

Ketua jurulatih Thailand, Mano Polking berasa takut dengan situasi yang dialami mereka ketika bertandang ke Indonesia tempoh hari.

Gajah Perang berjaya mengikat kemaraan Garuda di Stadium Gelora Bung Karno dengan keputusan seri dalam saingan peringkat kumpulan A Piala AFF 2022.

Baru-baru ini, bas yang dinaiki pasukan Thailand untuk ke Stadium telah pecah dibaling batu oleh penyokong-penyokong Indonesia.

Advertisements

“Saya sejujurnya takut kerana mereka melempar batu ke arah bas menyebabkan tingkap bas pecah, dan ianya berlaku sebelum perlawanan.

“Insiden seperti itu tidak bagus untuk bola sepak AFF dan bola sepak Indonesia.

“Ini semua tentang pengurusan, kita mungkin tidak boleh mengubah penyokong seperti itu tapi kita boleh ubah cara pengurusan,” kata Mano Polking dipetik daripada jebreeetmedia.

Advertisements

Walaubagaimanapun, beliau menyatakan pihaknya tetap akan membuat laporan berkenaan insiden ini kerana ia adalah sesuatu yang tidak baik dalam arena bola sepak.

Jurulatih Gajah Perang itu berharap agar pihak kerajaan atau badan organisasi mengambil tindakan drastik untuk mengatasi masalah ini supaya tidak berulang di masa hadapan.

“Situasi yang menyedihkan, saya tidak mahu terlibat tapi kami perlu membuat laporan mengenai insiden tersebut kerana ia membahayakan.

Advertisements

“Pengurusan atau organisai Indonesia perlu mengambil serius berkenaan hal ini untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

Mano Polking dalam pada itu yakin bahawa jika sesiapa pasukan atau negara yang beraksi di Thailand akan disambut dengan baik dan aman.

“Saya boleh jamin jika penykong Thailand akan menyambut baik semua penykong lawan yang bertandang di Thailand. Kami tidak akan melakukan hal-hal seperti itu.

Advertisements

Thailand akan menentang Kemboja bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan A pada Isnin ini jam 8:30 malam di Stadium Thammasat, Bangkok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram