Manuel Hidalgo Laung Kebangkitan Buat Sri Pahang
Dunia
officialsripahang
Advertisements

Kelibat pemain kelahiran Argentina, Manuel Hidalgo yang diturunkan dalam kesebelasan utama mencuri tumpuan apabila beliau mempamerkan aksi yang cukup memukau ketika perlawanan Sri Pahang FC menentang PJ City FC.

Pada aksi kelmarin, penyerang muda Sri Pahang itu berjaya menjaringkan gol buat pasukan Sri Pahang FC ketika perlawanan berkesudahan seri 1-1. Pada minit ke-38 permainan percubaan cantik Hidalgo telah menewaskan penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz.

Dalam pada itu, Manuel Hidalgo terus optimis untuk membantu pasukan pada setiap perlawanan mendatang dalam saingan Liga Super Malaysia 2022.

Advertisements

Beliau menyatakan bahawa dirinya perlu membuat peningkatan daripada segi permainan dan kelebihan yang dimilik harus dimanfaatkan sebaik mungkin untuk beraksi lebih cemerlang bersama pasukan Sri Pahang.

“Sudah pasti prestasi terbaik akan dipersembahkan pada setiap perlawanan dan diharapkan segalanya berjalan lancar.”

“Pada masa sama, diharapkan peningkatan daripada segi permainan dan peluang yang dimiliki dapat dimanfaat,” jelas Hidalgo ketika sesi sidang media selepas perlawanan kepada Harian Metro.

Advertisements

“Diharapkan pada perlawanan selepas ini saya dan rakan sepasukan dapat bermain lebih cemerlang,” tambahnya.

Sri Pahang telah dijadualkan bertemu pasukan Melaka United FC pada 17 April 2022 di Stadium Darul Makmur, Pahang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram