Sri Pahang Terlalu ‘Bagus’ Buat Manuel Hidalgo?
Blog
Instagram; @officialsripahang
Advertisements

Minggu ke-19 Liga Super Malaysia menyaksikan perlawanan di antara Sri Pahang FC bertemu dengan Kuala Lumpur City FC di Stadium Darul Makmur. Perlawanan tersebut berkesudahan Sri Pahang FC tewas 2-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.

Kelibat pemain kelahiran Argentina, Manuel Hidalgo yang diturunkan dalam kesebelasan utama mencuri tumpuan apabila beliau mempamerkan aksi yang cukup memukau ketika perlawanan kelmarin. Walaupun pasukan Sri Pahang FC tewas, namun aksi bertenaga yang ditunjukkan Hidalgo wajar dipuji.

Prestasi cemerlang dalam beberapa siri perlawanan sebelum ini menjadikan Hidalgo pemain harapan buat Dollah Salleh. Menurut Malaysia Gazette, Dollah Salleh mengakui beliau mengharapkan sentuhan Hidalgo untuk perlawanan semalam.

Advertisements

“Harapnya menentang Kuala Lumpur esok akan ada perubahan yang lebih positif dan kemasukan semula Hidalgo, Abubakar Yakubu dalam skuad utama dapat memantapkan lagi pasukan”. kata Dollah kelmarin.

Ketiadaan beberapa pemain utama Sri Pahang FC barangkali menjejaskan sedikit percaturan bahagian serangan skuad tuan rumah. Akan tetapi, pemain bertubuh kecil ini dilihat mampu untuk menggalas tugas dengan baik dalam mengemudi jentera tengah dan sayap pasukan.

Manuel Hidalgo banyak melakukan gerakan tipu helah yang mengakibatkan pasukan lawan sukar mengesan kelibatnya. Pada minit ke-35, Hidalgo melakukan satu gerakan menarik menewaskan barisan pertahanan pasukan pelawat. Namun hantaran lorongnya itu tidak berjaya disempurnakan rakan sepasukannya apabila rembatan Baqiuddin dihalang oleh penjaga gol KL City, Kevin Mendoza.

Advertisements

Pemain muda berusia 22 tahun ini turut menjadi watak penting dalam setiap sepakan percuma dan sepakan penjuru. Pada minit ke-45 permainan, sepakan penjuru yang diambil Hidalgo tepat ke arah Muslim Ahmad. Malangnya tandukan Muslim itu terlalu kuat dan melewati palang gol.

KL City FC pula dilihat bijak dalam menyesuaikan diri bermain di tempat lawan semalam. Gol pertama perlawanan hadir pada minit ke-49 menerusi Romel Morales apabila rembatan derasnya itu masuk ke pintu gol sebelah kiri Sri Pahang FC.

Beraksi di posisi sebelah sayap, banyak larian ke dalam kotak penalti yang dilakukan Hidalgo. Senjata kepantasannya dalam larian ketika merancang serangan menyebabkan beliau sering kali dikasari pemain KL City FC semalam.

Advertisements

Penyerang Kuala Lumpur City FC, Zhafri Yahya menambah derita pasukan Sri Pahang FC apabila bijak mengintai peluang menyempurnakan hantaran lintang daripada J. Partiban. ‘Tap In’ Zhafri Yahya pada minit ke-70 perlawanan menjadikan KL City FC mendahului 2-0.

Selepas jaringan tersebut dihasilkan, skuad Tok Gajah gigih mencuba menyerang terutamanya menerusi Manuel Hidalgo yang bekerja keras dalam perlawanan kelmarin. Banyak gerakan-gerakan Hidalgo yang mencipta peluang buat skuad kendalian Dollah Salleh terutama pada minit-minit akhir permainan. Hantarannya pada minit ke-89 gagal dimanfaatkan Nur Izzat manakala lorongan bijaknya pada minit ke-93 turut tidak membuahkan hasil.

Setakat ini, Hidalgo berjaya menjaringkan satu gol buat pasukannya. Skuad Tok Gajah kini berada pada kedudukan kesembilan selepas aksi 18 perlawanan apabila sekadar menang empat kali, seri lima kali dan kalah dalam sembilan perlawanan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram