Manuel Ott Buat ’Homework’ Sebelum Berdepan Sabah
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pemain tengah Terengganu FC, Manuel Ott akui perlu membuat persediaan rapi sebelum berdepan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu, esok.

Pemain berdarah kacukan Filipina-Jerman itu menjelaskan pasukan lawan semestinya akan memberikan tekanan yang tinggi untuk memperoleh kemenangan kerana mereka mempunyai keistimewaan ketika beraksi nanti.

“Saya diberitahu JDT menghadapi kesukaran ketika menentang Sabah FC, jadi sudah pasti ianya menjadi tugas sukar juga buat kami, di tambah skuad itu kini berada pada tahap pencapaian terbaik bertepatan dengan kedudukan kedua dalam carta Liga Super di belakang JDT”, jelasnya.

Advertisements

“Lagipun penyokong mereka juga sudah pasti hadir membanjiri stadium, situasi itu juga sedikit sebanyak bakal memberi kelebihan dan menyuntik semangat mereka ketika beraksi,” katanya.

Pemain berusia 30 tahun itu berharap beliau dan rakan sepasukan akan memperagakan aksi yang cemerlang selepas ini bagi memastikan pasukan TFC berada di tahap yang tertinggi di dalam carta serta menjamin misi TFC yang sebenar akan terlaksana.

“Bagaimanapun dengan prestasi terkini pasukan TFC, selain saya juga sudah mendapat kembali sentuhan jaringan, kami akan cuba memberikan yang terbaik dalam misi meneruskan momentum kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut, harap ianya menjadi kenyataan,” ujarnya kepada Harian Metro.

Advertisements

Sebagai rekod musim lalu, Manuel Ott pernah meledak dua gol dalam saingan Liga Super manakala empat jaringan dalam pentas Piala Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram