Masa Depan Pandalela Rinong Masih Tergantung
UltraSukan
Pandalela Rinong
Advertisements

Status atlet terjun negara, Pandalela Rinong di dalam program Road To Gold (RTG) masih belum mendapat kata putus.

Menurut Tan Sri Norza Zakaria, satu mesyuarat jawatankuasa RTG akan berlangsung minggu hadapan bagi membincangkan berkenaan prestasi atlet-atlet di dalam program ini termasuklah Pandalela.

“Kita akan ada mesyuarat (Jawatankuasa RTG) pada minggu depan. Kita dapat makluman tentang mesyuarat tersebut. Kerana sebagaimana seperti yang kita sedia maklum, kita akan mendengar laporan daripada Stuart Ramalingam selaku Sekretariat RTG. Dari situ, kita akan nilai dan membuat keputusan secara kolektif,” katanya kepada pihak media.

Advertisements

Beliau juga tidak mahu mendedahkan apa-apa keputusan dan berharap semua pihak dapat bersabar menunggu hasil mesyuarat tersebut.

“Sebagaimana yang saya kata tadi, kita tidak mahu umum lebih awal. Kita akan dengar keputusan itu selepas mesyuarat yang dibuat.”

Advertisements

Beliau yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia melihat persiapan yang lebih rapi perlu melibatkan para atlet sedia ada dan juga atlet yang berkemungkin besar terpilih ke program RTG ini.

“Banyak perkara yang harus kita lihat sebab (Sukan) Olimpik itu pun tidak lama lagi, beberapa bulan saja lagi. Dan kita harus melihat persediaan itu cukup atau kita memerlukan atlet lain dalam program tersebut,” ujar beliau juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Advertisements

“Itu semua kita akan (putuskan) dalam mesyuarat minggu depan (minggu ini).”

Untuk rekod, Pandalela terlepas tiket ke Paris 2024 dalam acara kegemarannya 10 meter (m) platform individu selepas menamatkan saingan di tempat ke-29 di Kejohanan Akuatik Dunia di Pusat Akuatik Hamad, Qatar sekaligus gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Advertisements

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu juga terlepas tiket ke temasya sukan terbesar dunia tersebut dalam acara 10m platform seirama apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-12 bersama pasangannya, Dhabitah Sabri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram