Piala Malaysia
KL City FC
Advertisements

KL City FC tetap fokus dengan persiapan separuh akhir Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu FC biarpun dibelenggu masalah di luar padang.

Advertisements

Bagi pemain tengah The City Boys, Zhafri Yahya, fokus mereka ketika ini ialah kekal profesional dan membantu pasukan mendapatkan keputusan yang bagus dalam perlawanan itu.

Malah, Zhafri menyifatkan masalah luar padang mampu membakar motivasi KL City untuk memburu slot final buat kali kedua musim ini.

Advertisements

“Bagi saya, kita masih boleh lagi menjalankan tanggungjawab kita sebagai pemain bola profesional.

“Kita meletakkan masalah luar itu sebagai satu motivasi untuk kita berjuang di semi final nanti,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fateen Shazwani.

Advertisements

KL City berharap dapat mencuri kemenangan untuk aksi pertama separuh akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu ini.

Dengan aksi timbal balik bakal diadakan pada 3 November ini, The City Boys berharap isu tersebut dapat diselesaikan segera.

Ini bagi memastikan fokus para pemain tidak terganggu untuk baki kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2023.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram