Matthew Syed: Manusia Memerlukan 10 Tahun Untuk Menjadi Pakar
Inspirasi
Advertisements

Bounce merupakan sebuah buku nukilan Matthew Syed yang mengupas perihal sains kejayaan. Penulis sendiri adalah bekas pemain ping pong no 1 di England, jadi beliau faham bagaimana proses atlet sukan dikategorikan sebagai berjaya.

Beliau cuba sampaikan kejayaan seseorang dalam dunia ni tiada kaitan dengan bakat. Apabila kita melihat seseorang sebagai berbakat, sebenarnya individu tersebut memiliki dua perkara; pengalaman dan ilmu.

Untuk meraih pengalaman dan ilmu, ia berkait dengan kerja keras dan latihan. Beliau mengetengahkan teori yang disokong oleh beberapa kisah, yang mana untuk menjadi pakar bidang, manusia perlukan sekurang-kurangnya 10 tahun. Atau dengan kata lain, 10,000 jam melakukan sesuatu perkara.

Advertisements

Baca Juga: Lim Teong Kim: 10 Tahun Diperlukan Untuk Bentuk Pemain Muda

Ikon dunia terkenal seperti David Beckham, Roger Fedrer, Mozart dan ramai lagi, semuanya telah mendapat pendedahan awal dari kecil lagi. Mereka ini melengkapkan 10,000 jam latihan lebih awal berbanding orang lain. Oleh itu, mereka kelihatan berbakat.

Bayangkan ahli sukan hebat seperti Tiger Wood memperoleh outing pertama dalam dunia golf semasa umurnya 18 bulan. Kemudian beliau memenangi kejuaraan utama pada usia 13 tahun. Susan, Sofia dan Judit pula adalah tiga nama pemain chess wanita lagenda. Mereka telah diberikan pendedahan masuk ke pertandingan chess tempatan seawal usia 5 tahun.

Advertisements

Matthew Syed rumuskan dalam bab awal, sains kejayaan menjelaskan tiada jalan pintas untuk berjaya. Kena mulakan dari sekarang misi ‘unlock’ 10,000 jam dalam perkara yang kita nak capai.

Dari sini penulis cuba ketengahkan faktor suasana (rezeki), tak semua orang bernasib baik untuk mendapatkan latihan 10,000 jam dalam sesuatu perkara.

Beliau sendiri sebagai seorang pemain ping pong no 1 England mengakui bahawa, kalau beliau dilahirkan selang dua buah rumah sahaja, beliau telah berada di dalam keluarga berbeza.

Advertisements

Suasana juga berbeza dan tidak mungkin mendapat pendedahan bermain ping pong lebih awal.

Nukilan asal diterbitkan oleh Tuan Adly Mukhtar dan diterbitkan semula oleh MakanBola dengan kebenaran penulis.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram