Matyo Beri Amaran Awal Kepada Sri Pahang
Piala Malaysia
Harini FT
Advertisements

Penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali sebagai Matyo memberi amaran awal terhadap pasukan Liga Super, Sri Pahang menjelang pertemuan aksi Piala Malaysia.

Pemain berusia 37 tahun itu kini beraksi buat pasukan Liga M3, Harini FT dan memainkan peranan yang cukup penting buat pasukan.

Bekas bintang Kelantan itu menjaringkan satu gol yang cukup cantik sekaligus membuktikan kualiti penyudahnya tetap berbisa sungguhpun di penghujung karier.

Advertisements

Matyo meledak gol ketiga pasukan apabila bijal membaca hantaran daripada rakan sepasukan untuk berada pada kedudukan yang tepat.

Beliau kelihatan begitu tenang untuk meletakkan dirinya pada posisi terbaik sebelum menanduk masuk hantaran tersebut untuk mengesahkan kemenangan.

Kejayaan itu menyaksikan Harini FT secara rasminya akan bersaing di Piala Malaysia dan berdepan dengan bekas pasukannya suatu ketika dahulu.

Advertisements

Aksi pertama akan berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi manakala aksi kedua di Stadium Daruk Makmur, Pahang.

Ketajaman Matyo sudah pasti ditagih ketua jurulatih, P. Maniam yang mahu meletakkan barisan terbaik untuk mengejutkan Tok Gajah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram