Advertisements
Matyo Harap Nooa Laine Tak Pulang Ke Malaysia Terlalu Awal
Harimau Malaya
MakanBola
Azri/MakanBola

Bekas penyerang lagenda Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha berharap agar pemain tengah warisan negara, Nooa Laine dapat terus kekal beraksi di Eropah.

Pemain berusia 20 tahun itu telah membuat debut bersama pasukan negara berdepan Turkmenistan sebelum turun dalam kesebelasan utama pasukan menentang Hong Kong.

Nooa jelas sedang menyesuaikan diri dengan corak permainan skuad kebangsaan sambil menyatakan bola sepak di Malaysia lebih menekankan fizikal dan kelajuan.

Menurut penjelasan oleh Matyo, beliau berasa teruja dengan perkembangan pemain ini sambil berharap beliau dapat mengekalkan prestasi tersebut.

“Saya ingat dia hanya sama dengan pemain tempatan tetapi apabila melihat aksinya berdepan Turkmenistan, saya rasa kita tak pernah ada pemain seperti ini.”

Kenyataan ini disokong oleh Nizaruddin Yusuf yang memuji tindakan pantas FAM untuk membawa pemain ini beraksi buat Malaysia.

“Dia (Nooa) memiliki keseimbangan dalam permainannya, boleh bertahan dan juga menyerang. Saya rasa kita boleh guna dia lama.”

“Nooa bukan sahaja boleh mengambil bola dan membuat hantaran namun beliau ada kemampuan untuk melakukan hantaran yang memecahkan blok lawan dan membuat larian dengan bola yang amat baik,” jelas Razman Roslan kepada Astro Arena.

Matyo sempat berseloroh dengan memberitahu bahawa Nooa Laine harus kekal di Eropah.

“Nooa Laine jangan balik pula (beraksi di Malaysia).”

Kecemerlangan pemain ini sudah tentu menjadi aset terbaik negara bagi menghadapi ujian Piala Asia di Qatar tahun hadapan.