Matyo: VAR Harus Diperkenalkan Di Malaysia
Liga Super
Harini FT
Advertisements

Bekas penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha percaya sudah tiba masanya pembantu pengadil video (VAR) diperkenalkan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Norshahrul atau mesra dipanggil Matyo berpandangan sedemikian bila mengulas gol ketiga Perak FC yang dijaringkan Seo Seon-ung dalam perlawanan Perak FC-Penang FC semalam.

Biarpun Seon-ung jelas berada pada kedudukan ofsaid, pengadil Mohd Hasrol Mohd Amir tetap mengesahkan gol tersebut.

Advertisements

Matyo melihat dengan penggunaan VAR, ia dapat menambahbaik mutu pengadilan Liga M lebih-lebih lagi selepas melihat penggunaannya semasa beraksi untuk BG Pathum United.

“Harus bagi saya. Kalau dah jadi macam ini, memang kena harus. Saya pernah melihat VAR semasa beraksi di liga Thailand.

“Walaupun gol diberikan oleh pengadil, at least (sekurang-kurangnya) pengadil yang menjaga VAR itu akan dapat beritahu referee kat dalam tu, ‘Stop, stop. (Berhenti, berhenti) Tengok balik.’

Advertisements

At least (sekurang-kurangnya), dia boleh tengok balik dan cancel (batal)kan gol tersebut,” katanya semasa menjadi panel perlawanan Sabah FC-Johor Darul Ta’zim (JDT) FC semalam.

Sebelum ini, bekas penyerang KL City FC, Safee Sali turut menyuarakan perkara sama bila mengulas insiden pertelagahan Ivan Mamut dan Feroz Baharudin semasa perlawanan Terengganu FC-JDT FC pada Jun lalu.

VAR dijangka digunakan pada penghujung musim ini untuk aksi separuh akhir dan final Piala Malaysia. Ketika ini, pengadil negara, Muhammad Nazmi Nasaruddin sedang menjalani latihan penggunaannya di Riyadh, Arab Saudi dari 2 hingga 10 seperti dilaporkan oleh ASEAN Football.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram