Media AFC Anggap Luqman Hakim Prospek Terbaik Malaysia

Luqman MAS 1 Media AFC Anggap Luqman Hakim Prospek Terbaik Malaysia
KV Kortrijk
Ikuti Telegram MakanBola (3712)


Penyerang muda pasukan negara, Luqman Hakim Shamsudin kembali mencuri tumpuan menjelang aksi Piala Asia bawah 23 tahun Jun ini.

Pemain berusia 20 tahun itu sedang menikmati perjalanan yang sangat baik bersama pasukan negara apabila menjadi watak penting pasukan sehingga kini.

Beliau berjaya memimpin negara hingga layak ke separuh akhir sebelum tumpas tipis kepada Vietnam dengan keputusan 1-0.

Luqman memainkan peranan yang cukup penting ketika mengetuai jentera serangan pasukan apabila berjaya menjaringkan 3 gol dan mencatat 2 bantuan gol.

Anak jati kelahiran Kota Bharu ini sekali lagi mendapat tempat di bawah kendalian Brad Maloney untuk bersaing dalam Piala Asia.

Kemampuan beliau untuk mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan selain larian derasnya mampu menjadi senjata ampuh buat pasukan untuk terus mencatat keputusan yang positif.

Menurut satu hantaran yang dimuat naik oleh laman rasmi kejohanan bola sepak Asia itu, Luqman dikelaskan sebagai salah satu pemain tumpuan menjelang pertandingan berprestij itu.

Sungguhpun bersaing dengan pasukan gergasi di rantau ini dan juga Asia Timur, Malaysia tetap dilihat mampu untuk memberikan cabaran yang baik kepada pasukan lain.

Malah, kehadiran Luqman dijangka mampu untuk menjadi kunci kepada kemenjadian jentera serangan negara sekaligus menjulang kejayaan buat Malaysia.

Gandingan Luqman dijangka terus menjadi taruhan terbaik Brad untuk berdepan Korea Selatan, Thailand dan juga Vietnam.