Media Bebas Indonesia Ngeri Lihat Statistik Sayap Harimau Malaya
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Aksi cemerlang dua bintang Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Abd Halim telah mendapat perhatian beberapa media bola sepak Indonesia.

Dalam satu ciapan media Indonesia @IndoTransfer, mereka berpendapat bahawa Faisal Halim merupakan calon panas yang bakal melengkapkan skuad kendalian Kim Pan-gon pada kempen Piala AFF 2022 kelak.

Beraksi sebagai sayap ketika bergandingan bersama penyerang import dari Ivory Coast Tchétché Kipre, prestasi Faisal dilihat cukup-cukup memberangsangkan. Statistik yang direkodkan Faisal turut membuka mata beberapa peminat bola sepak dari Indonesia.

Advertisements

Tidak ketinggalan, pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi turut menarik perhatian pengamal-pengamal media di Indonesia. Arif yang mampu bermain di posisi sayap kiri atau kanan dikatakan bakal menjadi igauan ngeri buat pasukan lawan.

Untuk tahun ini, Arif Aiman Hanapi berada dalam kelas tersendiri apabila pemain berusia 20 tahun itu mencatat sebanyak 3 gol dan 13 bantuan gol setakat 21 penampilan sementara sayap Terengganu, Faisal Halim cemerlang merekodkan 6 gol dan 9 bantuan jaringan dalam kempen Liga Super 2022.

Selepas melengkapkan kempen Liga Super dengan jayanya, dua tonggak dari JDT dan Terengganu ini masing-masing berjaya membantu pasukan untuk menghuni kedudukan terbaik dalam Liga Super.

Advertisements

JDT terus gah meraih gelaran juara Liga Super 2022 sementara Terengganu berjaya menduduki tangga kedua sekaligus melayakkan pasukan dari Pantai Timur ini ke pentas Piala AFC untuk musim depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram