Media Dakwa Gaji Faisal Halim Dipotong Tanpa Notis
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Laporan daripada media ada mengatakan bahawa ciapan yang dimuat naik oleh pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim berpunca daripada pemotongan gaji tanpa notis.

Menerusi satu sumber yang menaklumkan kepada Arena Metro, ciapan yang dimuat naik oleh kapten Malaysia tersebut berpunca daripada tindakan pihak pengurusan Terengganu yang memotong gajinya tanpa notis.

Pemain berusia 25 tahun itu dikatakan pernah mengeluarkan beberapa kenyataan yang lantang terhadap bekas majikannya ketika masih berada dalam kontrak.

Advertisements

Sumber tersebut turut melaporkan bahawa tindakan pihak pengurusan Terengganu itu dilakukan tanpa sebarang surat tunjuk sebab dan tanpa sebarang notis.

“Berdasarkan maklumat, surat tunjuk sebab tidak diberikan kepada pemain (Faisal), begitu juga notis ataupun surat berhubung pemotongan gaji.”

“Hal itu menyebabkan Faisal berasa teraniaya menyebabkan dia meluahkannya dalam Twitter miliknya semalam,” jelas sumber itu.

Advertisements

Faisal pernah secara terbuka mempertahankan bekas jurulatihnya, Nafuzi Zain yang lewat ditawarkan kontrak oleh Terengganu sehingga menyaksikan beliau membawa haluan ke Kedah musim 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram