Media Indonesia Dakwa Pemain Indonesia Bakal Sertai Manchester United
Dunia
josedonatzfotografie
Advertisements

Media Indonesia, Bola.com melaporkan bahawa seorang pemain kelahiran Belanda berketurunan Indonesia, Mees Hilgers bakal sertai Manchester United.

Perkara ini berbangkit apabila pertemuan antara Mees Hilger dan jurulatih Manchester United, Erik Ten Hag bertemu di sebuah restoran untuk makan malam.

Jurugambar makan malam tersebut menyatakan bahawa pertemuan mereka berdua merupakan sebahagian daripada Projek De Talenten Academie (Akademi Atlet Berbakat).

Advertisements

“Saya merasa sangat teruja untuk melakukan tugas seperti ini,” kata Jose Donatz dipetik daripada Bola.com.

Jamuan makan malam tersebut difahamkan untuk penggambaran majalah khas buat atlet.

Untuk rekod, pemain FC Twente itu sebelum ini merupakan pemain pilihan Shin Tae-yong untuk naturalisasi namun tidak dapat diteruskan kerana tidak direstui oleh ibu bapanya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram