Media Korea Selatan Cuba ‘Korek’ Rahsia Kejayaan Kim Pan-gon di Malaysia
Harimau Malaya
AzriHaziq/MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon berkongsi cerita ketika ditemu bual media dari Korea Selatan.

Ketika pertembungan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara JDT dan Ulsan Hyundai tempoh hari, Kim Pan-gon telah ditemu bual beberapa orang wartawan dari Korea Selatan yang hadir menyaksikan aksi tersebut di Stadium Sultan Ibrahim.

Ketika sesi latihan pertama skuad Harimau Malaya di Wisma FAM hari ini, pengendali kebangsaan itu menceritakan sedikit sebanyak tentang temu bual antara beliau dan wartawan Korea Selatan.

Advertisements

Kim Pan-gon menzahirkan rasa gembira dan berkongsi detik manis beliau sepanjang menetap di Malaysia.

“Setibanya saya di Malaysia, sebenarnya saya dah lama tak bercakap dengan media sana (Korea Selatan). Jadi mereka tanya tentang keadaan saya disini, perasaan dan persoalan tentang bola sepak Malaysia.”

Advertisements

Kim Pan-gon juga menjelaskan bahawa media Korea Selatan mengikuti rapat perkembangan bola di negara kita. Wartawan-wartawan Korea Selatan melihat peningkatan yang positif dalam skuad kebangsaan sejak dibimbing Kim Pan-gon.

“Mereka juga tanya kenapa bola sepak Malaysia makin maju dan banyak kejayaan. Prestasi semasa pasukan juga memberansangkan.”

Advertisements

“Saya kata lihat, inilah bola sepak Malaysia. Stadiumnya, atmosferanya dan kamu akan lihat permainan bola sepak yang menarik disini,” kata Kim Pan-gon.

Malaysia dijadualkan berdepan Kyrgyzstan pada 16 November di Stadium Nasional Bukit Jalil dan bakal bertemu Taiwan pada 21 November 2023. Harimau Malaya kini sedang berada dalam kem latihan pusat sebagai persediaan sebelum turun dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram