Media Sepanyol Dedah Barcelona Mungkin Beraksi Di Liga Asia
Asia
MakanBola
FC Barcelona
Advertisements

Pasukan gergasi Eropah, Barcelona FC tidak menolak kemungkinan untuk membuat kemunculan di pentas bola sepak Asia (ACL) sekiranya Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) membuat keputusan untuk menggantung mereka.

Menerusi satu laporan oleh Dailymail, The Catalans sedang melakukan pertimbangan untuk menyertai saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) sekiranya mereka dihalang beraksi di UCL.

Advertisements

Bercelona berdepan tindakan tatatertib yang cukup tegas daripada UEFA apabila dikaitkan dengan pelbagai skandal dan pertuduhan yang melibatkan kelab dan juga bekas presidennya.

Ini juga termasuklah skandal rasuah apabila mereka difahamkan telah membuat bayaran kepada bekas presiden jawatankuasa pengadil Sepanyol sekitar tahun 2001 hingga 2018.

Bayaran sebesar RM36.2 juta telah pun dikreditkan oleh Barcelona kepada DASNIL dan NILSAT. Kedua-duanya merupakan syarikat milik Jose Maria Enriquez Negreira.

Advertisements

Sungguhpun UEFA ketika ini sudah memberi jaminan bahawa Barcelona akan dibenarkan bertanding pada musim depan, namun segalanya menjadi tanda tanya apabila sebuah stesen televisyen Sepanyol, Onze membuat pendedahan mengejutkan.

Onze memberitahu bahawa Barcelona kini menanti sebarang kemungkinan dan berpeluang mencari liga baharu di Asia sekiranya dihalang beraksi di Eropah.

Advertisements

Namun begitu, mereka juga masih mempertimbangkan kemungkinan kekal di Eropah namun beraksi di liga lain.

Presiden kelab, Joan Laporta dilaporkan verkeras untuk terus memastikan Barcelona terus mampu kekal bertapak di Eropah.

Advertisements

News Comments Account