Ads
Media Thailand Kagum Dengan Kualiti Fergus Tierney
Asia Tenggara
Chonburi FC

Nama penyerang muda Malaysia, Fergus Tierney menjadi sebutan media Thailand baru-baru ini.

Advertisements

Penyerang berdarah Scotland itu mencipta sensasi apabila menyumbat gol pantas buat Chonburi dalam aksi pertama Thai League 2 menentang Suphanburi pada 9 Ogos lalu.

Advertisements

Gol sulungnya juga gol terpantas dalam Thai League musim ini dengan catatan 28 saat. Gol tersebut membuka ruang buat The Sharks menambah kelebihan gol pada babak kedua.

Advertisements
Advertisements

Separuh masa kedua menyaksikan Suksan Bunta, Amadou Ouattara dan Charlie Clough masing-masing mencipta nama sebagai penjaring. Ini membawa kepada kemenangan 4-0 Chonburi pada akhir perlawanan.

SiamSport menyifatkan kepantasan Tierney menghidu peluang di depan gol membantunya menjadi penjaring gol terpantas untuk musim 2024/25. Walau bagaimanapun, rekodnya tidak sepantas bekas penyerang Port, Nirut Camsawat.

Advertisements

Nirut mencipta rekod gol terpantas dalam sejarah Thai League semasa menentang Sinthana (kini BBCU FC) pada Oktober 2001.

Tierney menyertai Chonburi secara pinjaman semusim dari Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada akhir Julai lalu.

Advertisements

Bisa penyerang berusia 21 tahun itu dijangka ditagih Chonburi bila menentang Dragon Pathumwan Kanchanaburi pada 17 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram