Advertisement
Media Vietnam Anggap Faisal Halim Bintang Bola Sepak Nombor Satu Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Selepas melalui kemarau jaringan yang agak panjang, namun gol yang dihasilkan Faisal Halim dalam perlawanan persahabatan menentang Hong Kong semalam jelas membuka mata ramai pihak terutamanya media antarabangsa.

Dalam perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 2-0 buat Malaysia itu, Faisal berjaya mencipta satu bantuan gol terlebih dahulu pada minit ke-18 yang mana penjaring gol tersebut ialah Akhyar Rashid. Kecemerlangan Faisal berterusan apabila berjaya meledak gol kedua pada minit ke-41 selepas berjaya melepasi kawalan pertahanan lawan.

Disebalik kemenangan tersebut, media dari Vietnam memuji pasukan Malaysia yang berjaya melonjakkan kedudukan dalam ranking FIFA sekurang-kurangnya naik empat anak tangga ke kedudukan ke-138 dunia.

Selain memuji pasukan Harimau Malaya, media Vietnam tersebut juga melabelkan Faisal Halim sebagai bintang bola sepak nombor satu Malaysia. Perkara tersebut telah disebutkan di dalam artikel TheThao247 ketika mana menghuraikan situasi gol yang dijaringkan Faisal semalam.

Walaupun digelar sebegitu, sudah tentu Faisal tetap akan merendah diri seperti selalu kerana yang penting bagi beliau adalah pasukan yang diwakilinya memenangi perlawanan. Faisal akan meneruskan aksi Liga Super bersama Selangor yang akan berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City) pada Jumaat ini.