Asia Tenggara
Advertisements

Berita perpindahan pemain sensasi Vietnam, Nguyen Quang Hai yang dikhabarkan bakal menyertai kelab Ligue 2, Metz telah membangkitkan pelbagai reaksi dari peminat serta media sukan bola sepak di negara itu sejak beberapa hari yang lalu.

Beberapa laporan dari media Vietnam juga sudah mula ‘gebang’ mengenai kemungkinan Nguyen Quang Hai akan berdepan dengan Lionel Messi dan perkara ini telah menjadi topik perbualan hangat ketika ini.

Memetik satu laporan dari ZingNews hari ini, mereka dilihat sudah mula ‘berkira-kira’ bagaimana pertembungan itu bakal menjadi kenyataan walaupun Metz beraksi dalam Ligue 2. Dalam artikel tersebut pertembungan bersejarah itu akan terjadi dalam saingan Coupe de France musim hadapan.

Advertisements
quanghai Media Vietnam Mula 'Gebang' Pertembungan Nguyen Quang Hai Dengan Lionel Messi Di Perancis

Walaupun kemungkinan berlakunya pertembungan Nguyen Quang Hai dan Lionel Messi itu masih tertakluk kepada prestasi, keputusan undian dan sebagainya dalam kejohanan Coupe de France, tetapi rata-rata hype mengenai perkara itu sudah mula menghadirkan kerterujaan peminat bola sepak Vietnam khususnya.

Berdasarkan sejarah pertemuan Metz dan PSG, kedua-duanya masih tidak bertemu dalam Coupe de France walaupun rekod pertemuan sebanyak 77 kali dalam perlawanan lain.

Artikel itu juga menyebut bahawa, proses perpindahan Nguyen Quang Hai hampir selesai dan hanya perlu melengkapkan prosedur pemeriksaan perubatan sebelum diumumkan secara rasmi sebagai pemain Metz musim 2022-23.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram