Melaka United Nafi Ifedayo Olusegun Dipinjam Dari JDT
Dunia
Melaka United FC
Advertisements

Baru-baru ini tular di laman sosial yang menyatakan bahawa penyerang Melaka United, Ifedayo Olusegun merupakan pemain pinjaman dan tidak dapat diturunkan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini.

Namun begitu, pihak Melaka United menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tersebut yang dikihat telah diputarbelit daripada kenyataan sebenar oleh Pemangku Ketua Jurulatih, Mohd Asri Ninggal.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC, Datuk Wira Justin Lim telah memuatnaik satu kenyataan berkenaan isu ini dan menegaskan Ifedayo merupakan pemain berkontrak penuh dengan Melaka United.

“Kami ingin menegaskan bahawa Ifedayo adalah pemain yang berkontrak penuh bersama Melaka United FC sejak awal musim ini dan bukan berstatus pinjaman dari JDT seperti dua lagi pemain iaitu Fadhli Shas dan Syazwan Andik.

“Pihak Melaka United FC kesal dengan laporan TIDAK BENAR yang telar tular sehingga memberi impak negatif kepada imej kelab menjelang aksi penting Liga Super Malaysia 2022 menentang JDT di Stadium Hang Jebat, malam ini.

“Secara peribadi, saya juga kesal dengan beberapa laporan negatif, tidak benar serta tiada bukti kukuh yang sering dilemparkan kepada kelab bolasepak Melaka United. Laporan – laporan seperti ini pastinya memberi persepsi buruk kepada Melaka United FC secara keseluruhannya.

Sehubungan itu, Melaka United FC akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada wartawan yang melaporkan”. tegas Justin dalam instagram Melaka United FC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram