Memori indah penyerang warisan baharu Harimau Malaya, João Figueiredo masih melekat di Malaysia.
Skuad kendalian Peter Cklamovski mempamerkan persembahan memukau ketika menewaskan Vietnam dengan keputusan 4-0 pada aksi Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.
Malaysia menerima sentuhan 5 muka warisan baharu dengan dua daripadanya – Joao Figuiredo dan Rodrigo Holgado meledak gol debut di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
“Pada saya, apa yang penting bukanlah untuk muncul pemain terbaik perlawanan. Paling penting adalah untuk membantu pasukan
“Memori indah ini akan kekal sampai bila-bila. Saya tidak pernah terfikir untuk mengimpikan momen seperti ini.
Tonggak penting Istabul Basaksehir di Turki ini juga terharu dengan sokongan luar biasa yang diberikan oleh peminat setia Harimau Malaya.
“Saya tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat yang datang ke stadium atau menyokong di rumah,” katanya kepada Astro Arena selepas perlawanan.
Kemenangan telah membantu Harimau Malaya untuk melonjak 5 tangga ke kedudukan 126 dunia setelah meraih tambahan +13.99 mata di laman sendiri.