Mengalir Air Mata, Penyokong Sedih Ole Tinggalkan Pusat Latihan

ole dan penyokong pusat latihan Mengalir Air Mata, Penyokong Sedih Ole Tinggalkan Pusat Latihan
Foto: Fabrizio Romano
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Keadaan sedih mula mengerumi penyokong Manchester United di bandar Manchester seperti yang dirakamkan berdekatan pusat latihan di Carrington.

Saat Ole Gunnar Solskjær meninggalkan pusat latihan, beliau ditahan oleh sekumpulan kecil penyokong lantas mereka memeluk lagenda Manchester United tersebut.

Advertisements

“Ianya adalah satu penghormatan terbesar bekerja bersama Manchester United.” Jelas Ole kepada penyokong Manchester United.

Sepanjang karier Ole Gunnar Solskjær bersama Manchester United, beliau berjaya mencatatkan 92 kemenangan, 36 seri dan 40 kekalahan daripada 168 jumlah perlawanan.

Advertisements
https://www.youtube.com/watch?v=z9CknLeMmo0

Ole berjaya mengubah corak permainan Manchester United dari pasukan yang mendominasi kepada pasukan menyerang seperti yang dilakukankan Sir Alex Ferguson namun deretan keputusan negatif musim ini memaksa jurulatih berusia 48 tahun itu dilepaskan.