Advertisement
‘Messi Thailand’ Berentap Dengan Trio Maut PSG
Dunia
MakanBola
Masashi Hara/Getty Images

Bintang Thailand, Chanatip Songkrasin semalam telah berentap dalam satu padang bersama trio maut pasukan Paris Saints German (PSG) dalam aksi perlawanan persahabatan pra-musim. 

Kawasaki Frontale tewas tipis kepada PSG dengan keputusan 1-2 dan penjaringnya adalah K.Yamamura, Lionel Messi dan Kalimuendo. 

Pemain yang digelar Messi Thailand ini diturunkan dalam kesebelasan utama dan ditugaskan untuk mengerakkan jentera serangan Kawasaki Frontale. 

Chanatip Songkrasin beraksi sehingga minit ke-56 permainan sebelum digantikan dengan pemain gantian, J. Schmidt.

Dalam pertemuan perlawanan persahabatan ini yang mencuri tumpuan peminat Asia adalah antara ‘Messi Thailand’ dan ‘Messi Argentina’. 

Pasukan kendalian Christopher Galtier ini turut menurunkan trio berbisa mereka iaitu Messi, Neymar dan Mbappe. 

Pastinya pertemuan ini bakal menjadi satu pengalaman berharga buat pemain kelahiran Thailand ini kerana dapat beraksi menentang pasukan terbaik dunia. 

Lihat pautan video dibawah untuk melihat aksi-aksi menarik dalam perlawanan persahabatan ini.