MFL Bakal Nilai Semula Kuota Pengambilan Pemain Import
Dunia
Utusan.com
Advertisements

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), telah memaklumkan bahawa pihaknya sedang mempertimbangkan cadangan berkaitan kuota import di liga Malaysia.

Hal ini telah dijelaskan oleh ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam yang menyatakan penelitian dan penilaian yang rapi perlu diambil kira termasuklah beberapa aspek yang perlu dilihat sebelu pihaknya memberi kata putus mengenai polisi sama ada ingin mengehadkan kuota pemain import bagi setiap pasukan yang bertanding.

Menurutnya lagi, perkara yang dibahaskan ini merangkumi pelbagai isu berbangkit yang memerlukan keputusan terbaik dicapai bagi melancarkan proses yang berlangsung.

Advertisements

‘Saya percaya perkara ini bukan semata-mata mengenai isu bakat (pemain) tempatan dan import.’

Sambil itu, beliau mengakui banyak aspek yang harus menjadi perbincangan lebih lanjut.

‘Ia melibatkan banyak aspek yang perlu dilihat dengan teliti,’-Jelasnya kepada Sinar Harian.

Advertisements

Ketika ini, peraturan yang ditetapkan telah membenarkan setiap pasukan yang bertanding mendaftarkan 5 pemain import dalam saingan Liga Super.

Namun begitu, Stuart percaya bahawa ia masih boleh ditambah baik mengikut kesesuaian dan juga keperluan semasa.

Perkara ini juga boleh dilihat menerusi situasi yang sedang berlaku apabila kebanyakan pemain import yang diambil rata-rata beraksi di posisi serangan dan juga pertahanan.

Advertisements

Ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada perkembangan pemain tempatan dan boleh menyebabkan kurang minit permainan berjaya diperolehi.

Sungguhpun begitu, hal ini telah dijelaskan menerusi satu kenyataan oleh Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor dalam satu temubual.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram