Peminat bola sepak Malaysia berpeluang memilih siapa pemain dan jurulatih terbaik untuk 11 kategori pilihan peminat Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024-25.
Ini selepas Malaysian Football League (MFL) menyediakan pautan undian untuk memilih pemain yang layak berada meraih anugerah yang dinyatakan.
Antara anugerah yang menjadi tumpuan ialah Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Tempatan Terbaik, Pemain Tengah Tempatan Terbaik, Penyerang Tempatan Terbaik dan Penyerang Import Terbaik.
Turut tersenarai ialah Jurulatih Terbaik, Pertahanan Import Terbaik, Pemain Tengah Import Terbaik dan Pemain Import Terbaik (Asia).
Pemain Muda Terbaik (Bawah 23 Tahun), Gol Terbaik dan Jurulatih Terbaik melengkapkan senarai 11 anugerah yang mendapat undian peminat.
Peminat boleh mengundi menerusi pautan ini atau menerusi aplikasi MFL. Undian akan tamat sehingga 16 Mac, jam 11.55 malam.