MFL Perhalusi Isu Tunggakkan Gaji
Dunia
Advertisements

Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan mengakui masalah tunggakkan gaji pemain tidak begitu serius lagi susulan pertukaran persatuan bola sepak (FA) ke pasukan bola sepak (FC).

Beliau menjelaskan bahawa hanya beberapa pasukan sahaja yang hadapi masalah tersebut. Bukan mereka gagal membayar gaji tetapi ada sedikit kelewatan dalam proses pembayaran. 

Dalam pada itu, Ghani juga menyatakan hari demi hari mereka tetap berusaha memperhalusi perkara ini bagi memastikan setiap pasukan membayar tepat pada masanya. 

Advertisements

“Masalah gaji memang ada tetapi tidak semua pasukan, hanya satu atau dua pasukan. Tindakan begitu teliti di peringkat pelesenan di mana kita akan melakukan pemeriksaan seminggu sekali ataupun dua minggu sekali untuk pastikan tiada masalah.”

“Kita lihat pun bukan gagal (bayar gaji) tetapi lambat bayar. Lambat pun (pasukan) tetap bayar juga bukan gagal dengan tidak bayar langsung seperti yang berlaku satu ketika dahulu di Perlis.”

Beliau berkata banyak perubahan yang berlaku selepas pertukaran itu antaranya perbezaan jumlah tunggakkan gaji hampir 80% berubah. 

Advertisements

“Kalau dulu pembayaran gaji (tertunggak) ini hampir RM20 juta tetapi hari ini, tidak banyak, sekitar RM3 ke RM4 juta sahaja di peringkat pasukan terbabit.”

“Banyak perubahan berlaku apabila penstrukturan FA ke FC dan kita buat mengikut kehendak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC),” kata Ghani kepada Berita Harian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram