Michael Feichtenbeiner Lepaskan Jawatan Di Selangor FC
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Selepas pencapaian yang kurang memberansangkan Selangor FC musim ini, pengendalinya, Michael Feichtenbeiner telah bersetuju untuk melepaskan jawatannya sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Selangor FC.

Pengumuman itu dimuat naik sendiri oleh pasukan Selangor di laman sesawang rasmi milik mereka. Walau bagaimanapun, Michael Feichtenbeiner masih berada di Selangor FC sebagai Pengarah Sukan yang disandangnya sejak 2020.

“Selangor FC ingin mengumumkan bahawa pihak pengurusan dan Michael Feichtenbeiner telah bersetuju untuk melepaskan jawatannya sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Pertama Selangor FC dan meneruskan projek pembangunan bola sepak sebagai Pengarah Sukan Selangor FC yang disandangnya sejak 2020.

Advertisements

“Sebagai Pengarah Sukan, Michael Feichtenbeiner telah menyelia perkembangan ramai pemain muda Selangor yang telah dinaikkan pangkat ke Pasukan Utama Selangor FC dan Pasukan Kebangsaan Malaysia.

“Sehingga kini, 19 pemain muda dari Pasukan ‘feeder’ Selangor FC telah dinaikkan pangkat ke Pasukan Utama seperti Mukhairi Ajmal, Sharul Nazeem, Hein Htet Aung, Alex Agyarkwa, Quentin Cheng dan ramai lagi.

“Tambahan pula, seramai 10 pemain muda dari Selangor telah dipilih mewakili Pasukan U23 Kebangsaan dan 13 lagi pemain muda telah mewakili Pasukan U19 Kebangsaan dalam pelbagai kejohanan peringkat ASEAN dan Asia bagi tahun ini. Selangor FC juga merupakan antara pasukan termuda (berdasarkan purata umur) dalam saingan Liga Malaysia 2022 dan kelab percaya projek pembangunan ini perlu diteruskan demi masa depan kelab.

Advertisements

“Pencarian untuk Ketua Jurulatih Pasukan Utama yang baharu sedang dijalankan dan Kelab akan membuat pengumuman lanjut selepas semua perbincangan dibuat. Dalam pada itu, tanggungjawab Ketua Jurulatih Pasukan Utama akan dipikul oleh Penolong Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil sebagai Ketua Jurulatih Interim bagi baki musim Liga Malaysia 2022,” umum Selangor FC di laman sesawang rasmi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram