Michael Feichtenbeiner & Myanmar Berpisah
MakanBola
Myanmar FF
Sponsors

Myanmar bakal menghadapi kempen ASEAN Championship 2024 dengan jurulatih baru selepas memilih berpisah dengan pengendali Jerman, Michael Feichtenbeiner.

ASEAN Football melaporkan Persekutuan Bola Sepak Myanmar (MFF) bersetuju menamatkan kontrak secara bersama dengan jurulatih berusia 64 tahun itu. Keputusan ini dibuat meskipun Feichtenbeiner masih memiliki baki kontrak sehingga Februari 2025.

Ad

Ini sekaligus menamatkan tempoh 17 bulan yang dinikmati bekas pengendali Selangor FC itu bersama Chinthe sejak menyertai pasukan itu pada 2023. Selain menggalas peranan sebagai jurulatih skuad senior, Feichtenbeiner turut bertanggungjawab membimbing skuad Myanmar Bawah 23 Tahun (B-23).

Ad

Berdasarkan maklumat Transfermarkt, bekas jurulatih Stuttgarter Kickers itu memiliki rekod tiga kemenangan, empat keputusan seri dan enam kekalahan.

Kemenangan terbesar yang direkodkan beliau ialah kemenangan 5-1 ke atas Macau dalam aksi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia. Sementara kekalahan terburuk Feichtenbeiner bersama Chinthe ialah kekalahan 7-0 di tangan Syria pada 26 Mac 2024.

Ad

Meskipun begitu, Myanmar turut melakar keputusan terpuji dengan mengikat Kyrgyzstan dan Syria 1-1 pada 2023 dan 2024.

Ad

Beliau turut bertanggungjawab membimbing Myanmar menamatkan kempen Sukan SEA 2023 di tempat keempat selepas tewas kepada Vietnam dalam penentuan pingat gangsa.

Ad

Selain Selangor, Myanmar dan Stuttgarter Kickers, Feichtenbeiner pernah menggalas peranan sebagai pengarah sukan Energie Cottbus dan Wehen Wiesbaden. Beliau juga pernah mengisi peranan sebagai peninjau bakat Celtic pada 2012.