Jalil Elias & Syria Hampir Terduduk, Diikat Myanmar
Asia
Syria FA
Advertisements

Pemain import Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jalil Elias membantu Syria mengelak daripada dimalukan Myanmar dengan meraih keputusan 1-1 dalam aksi ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Syria berharap dapat kembali meraih kemenangan selepas dibelasah Jepun 5-0 dalam aksi kedua kumpulan pada November lalu.

Sementara Myanmar yang dibimbing bekas jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner berharap dapat meraih kemenangan pertama di hadapan penyokong sendiri.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan pasukan pelawat mendominasi tuan rumah bagi mendapatkan gol awal.

Malangnya, usaha barisan serangan Syria diketuai Mardik Mardikian kerap digagalkan barisan pertahanan Myanmar diketuai bek tengah PDRM FC, Kyaw Min Oo.

Advertisements

Sebaliknya, tuan rumah mencipta kejutan dengan mendahului pada minit ke-35 menerusi bek tengah, Soe Moe Kyaw. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, Helang Qasiun terus berusaha merencana serangan demi serangan ke atas kubu tuan rumah tetapi gagal.

Advertisements

Ini memaksa pengendali Syria, Hector Cuper memasukkan Alaa Al Dali dan Daleho Irandust pada minit ke-60 untuk menambah sengat di bahagian serangan.

Percaturan jurulatih Argentina itu membuahkan hasil apabila Alaa menyumbat gol penyamaan pelawat pada minit ke-75.

Advertisements

Syria terus berusaha mencari gol kemenangan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Ini satu pencapaian hebat buat Myanmar kerana pasukan yang menduduki ranking ke-162 dunia itu berjaya mengikat Helang Qasiun yang menduduki kedudukan ke-89 dunia.

Selepas ini, kedua-dua pasukan bakal bersemuka untuk aksi keempat Kumpulan B di Stadium Putera Mohamed bin Fahd di Dammam, Arab Saudi pada 26 Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram