Asia

JDT Tempuh 3,300KM Harungi Cabaran Di Asia

JDT Figueiredo JDT Tempuh 3,300KM Harungi Cabaran Di Asia
Johor Southern Tigers

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengharungi cabaran getir selepas mengharungi sekitar 3,300 Kilometer untuk mengharungi cabaran di Asia.

Advertisement

Jadual padat memang menjadi ujian besar bagi wakil tunggal Malaysia yang bersaing serentak di peringkat serantau dan benua. Perjalanan jauh, perubahan suasana dan masa pemulihan yang singkat menguji kedalaman skuad dan juga ketahanan mental pemain.

JDT kini sedang melalui cabaran itu. Jika dikira laluan dari Johor Bahru ke Hanoi, kemudian ke Ratchaburi, jarak yang ditempuh hampir mencecah 3,300 kilometer.

Persinggahan pertama berakhir dengan senyuman. Juara Liga Super itu menundukkan Công An Hà Nội 3-1 di tempat lawan pada 19 November lalu dalam aksi Kumpulan B Kejohanan Kelab ASEAN (Shopee Cup) 26-27.

Fokus kini beralih kepada misi yang lebih besar. Skuad Harimau Selatan akan bertandang ke Thailand untuk berdepan Ratchaburi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE) pada Selasa, 24 November ini, jam 8.15 malam waktu Malaysia.

Selepas empat perlawanan, wakil Malaysia itu menduduki tangga keenam Zon Timur dengan 7 mata hasil dua kemenangan, satu seri dan satu kekalahan. Skuad Harimau Selatan menjaringkan enam gol dan hanya bolos tiga.

Bagaimanapun, kedudukan itu masih jauh dari selamat. Kashiwa, Port, Kyoto Sanga dan Jeonbuk turut mengumpul 7 mata. Hanya lapan pasukan teratas akan mara ke pusingan seterusnya, jadi satu keputusan buruk sahaja sudah cukup untuk menjatuhkan JDT ke luar zon kelayakan.

Ratchaburi pula ketika ini berada di luar kelompok lapan teratas. Kelab Thailand itu pasti bermati-matian di laman sendiri untuk menghidupkan peluang mereka, sekali gus menjadikan aksi ini jauh lebih sukar daripada yang disangka.

Kemenangan akan membawa JDT ke 10 mata, setanding Kashima di tangga kedua dan hanya dua mata di belakang pendahulu Vissel Kobe. Selepas perjalanan sejauh ribuan kilometer, tiga mata di Ratchaburi bakal menjadi ganjaran terbaik buat kelab nombor satu Asia Tenggara itu.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...