Minit Bermain Bukan Halangan Pemain Pilihan Kim Pan-gon Ke Qatar
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dijangka sudah pun memiliki kesebelasan terbaik untuk ke Piala Asia awal tahun hadapan.

Perkara ini disuarakan oleh dua lagenda bola sepak negara, Shukor Adan dan juga Asmawi Bakiri yang memberi bayangan bahawa pengendali kelahiran Korea ini sudah memiliki ramuan ke Qatar.

Mengulas lanjut, penolong jurulatih KL City itu yakin Pan-gon sudah pun memulakan persiapan termasuklah menganalisis kekuatan lawan dalam Kumpulan E nanti.

Advertisements

Umum mengetahui bahawa hasil undian baru-baru ini menyaksikan Malaysia berada dalam satu kumpulan bersama Korea Selatan, Bahrain dan juga Jordan dengan sasaran memungut mata terbaik untuk melayakkan diri.

“Kim Pan-gon sudah tentu memiliki senarai 30 orang pemain terbaiknya untuk ke Piala Asia. Mungkin pemain-pemain inilah yang akan diberi perhatian untuk menghadapi aksi persahabatan sebelum ke Qatar.”

“10 bulan sebenarnya jangka masa yang pendek. Mereka hanya berjumpa dua minggu untuk kalendar FIFA dan saya setuju (pemain yang dalam perancangan Pan-gon akan dipanggil).”

Advertisements

Menurut Asmawi pula, 8 perlawanan ini akan menjadi detik penting dengan percaturan pengendali berusia 54 tahun ini bakal memberi hasilnya tidak lama lagi.

“Cabarannya adalah pemain perlu konsisten dalam 10 bulan ini kerana kita hanya memiliki tempoh sebulan selepas liga tamat untuk membuat persiapan.”

“Kita mengharapkan pemain kita bersedia,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Persiapan berdepan Yemen bagi aksi Jun ini selain Malaysia dijadualkan menetang Palestin, Lubnan dan India juga dilihat sebagai lawan yang terbaik mampu disaingi oleh Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram