Ads
Miroslav Kuljanac Ingatkan Haqimi Azim ‘Nak Jadi Bintang Perlu Kerja Keras’
Liga Super
KL City FC

Miroslav Kuljanac menitipkan pesan berguna buat pemain muda berbakat KL City, Haqimi Azim agar menjadi bintang bola sepak yang berjaya di masa hadapan.

Advertisements

Haqimi Azim merupakan prospek masa hadapan negara apabila nama penyerang muda KL City itu mula meniti di bibir peminat bola sepak hasil aksi cemerlang bersama kelab dan negara.

Advertisements

Kelibat pemain berusia 21 tahun ini mula mencuri tumpuan selepas menjaringkan gol bersama skuad kebangsaan di Piala AFF Suzuki 2022 selain turut brgelar penjaring ketika di Piala Asia Bawah 23 di Qatar April lalu.

Advertisements
Advertisements

Menurut Kuljanac, selaku ketua jurulatih KL City, beliau ada memberikan nasihat kepada Haqimi agar teruskan berlatih dengan bersungguh-sungguh seandainya mahu menjadi pemain terbaik suatu hari nanti.

“Saya ada berikan Haqimi satu pesanan, biar saya berterus terang sekarang. Jika kamu mahu menjadi pemain terbaik di Malaysia, kamu perlu bekerja keras dan terus berlatih,” ujarnya selepas perlawanan KL City menentang Selangor.

Advertisements

Tambahnya lagi, Haqimi perlu berkorban sedikit masa dan tenaga untuk berlatih secara bersendirian bagi menambah baik aspek kecergasan, taktikal serta keupayaan teknikal beliau.

”Sesi latihan bersama saya ini sahaja tidak cukup, kamu juga harus berlatih secara individu. Jangan fikirkan hal lain, hanya fokus pada latihan yang bagus dengan kecergasan, taktikal dan teknikal.”

”Hal-hal lain tidak akan membantu kamu, saya tak mahu sentuh tentang media sosial ini semua. (Kamu) hanya perlu teruskan berlatih,” tambah jurulatih berusia 54 tahun ini.

Kuljanac berharap suatu hari nanti beliau dapat melihat anak didiknya ini bakal menjadi bintang bola sepak negara hasil pesanan dan nasihat yang diberikan.

”Saya rasa Haqimi akan ingat pesanan saya ini dan saya berharap beberapa tahun lagi, dia akan jadi pemain terbaik di Malaysia,” doa Kuljanac buat anak jati kelahiran Gombak itu.

Bagi musim ini, Haqimi telah mencatatkan lima penampilan dalam semua kejohanan dan menjaringkan satu gol dalam saingan Piala FA menentang Kuching City di Cheras bulan lalu selain satu bantuan jaringan di Liga Super.

Pada aksi menentang Selangor tempoh hari, Haqimi diberi peranan sebagai penggempur bersama kapten KL City, Paulo Josue sebelum pemain muda itu dibawa keluar di pertengahan babak kedua.

Advertisements

Aksi derbi Lembah Klang itu akhirnya dimenangi oleh KL City dengan keputusan 1-0 hasil gol Jovan Motika pada minit ke-63 untuk melonjakkan kedudukan The City Boys ke tangga keempat liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram