Advertising
Miroslav Kuljanac Mohon Aksi KL City Dan Kuching City Ditunda
MakanBola
KL City FC

Ketua jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac berharap aksi antara KL City dan Kuching City pada 13 Jun ini dapat ditunda ke tarikh lain.

Saingan pusingan 16 Piala FA telah mempertemukan KL City dan Kuching City namun perlawanan yang dijadualkan pada pertengahan Jun itu telah merisaukan Miroslav Kuljanac.

Ad

KL City kehilangan 7 pemain yang menerima panggilan kebangsaan serta masalah kecederaan beberapa pemain sekaligus mungkin memaksa pasukan tersebut memohon untuk menukar tarikh perlawanan Piala FA menentang KL City.

Ad

Pemain-pemain KL City yang mewakili negara hanya akan dilepaskan pada 11 Jun dan tarikh 13 Jun menentang Kuching City menjadikan jarak antara dua perlawanan amat pendek.

“Mereka (pemain KL City) yang bermain untuk Malaysia ada perlawanan pada 11 Jun dan perlawanan KL City pada 13 Jun ini. Saya rasa mereka akan lakukan sesuatu untuk tukar tarikh perlawanan. Saya harap begitu.

Ad

“Saya harap mereka lakukan sesuatu kerana kami hilang 7 pemain dan saya tidak dapat melatih mereka tetapi mungkin mereka akan pindahkan tarikh perlawanan ke 15 Jun. Saya tidak pasti tapi kami akan cuba.” ujar Miroslav Kuljanac.

Ad

“Kami telah berbincang dan pihak pengurusan KL City akan mengambil langkah yang sepatutnya untuk memohon menunda tarikh perlawanan kepada Malaysian Football League (MFL).

Ad

“Setakat ini kami mempunyai 6 masalah kecederaan dan saya jangka mereka akan kembali minggu depan. Saya harap begitu tapi saya tak pasti kerana saya bukan doktor.” tambahnya lagi.

Lazar Sajcic dan Kamal Azizi antara merupakan 6 pemain yang terpaksa disisihkan buat sementara waktu akibat masalah kecederaan manakala 7 pemain lain menerima panggilan kebangsaan seperti Paulo Josue, Zhafri Yahya, Azri Ghani, Brendan Gan, Haqimi Rosli, Declan Lambert dan Patrick Reichelt.

Miroslac Kuljanac telah menyatakan kerisauan beliau kepada pengurusan KL City dan kini pihak pengurusan sedang mempertimbangkan sama ada mahu melakukan permohonan rasmi menunda perlawanan atau sebaliknya menurut laporan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

KL City bakal menentang Kuching City untuk aksi seterusnya dalam saingan Piala FA setelah merekodkan satu seri dan satu kekalahan dalam dua aksi awal Liga Super.