Misi Safuwan Di Red Giant Belum Tercapai
Dunia
FB MFL
Advertisements

Pemain tengah Selangor FC, Safuwan Baharudin mengakui masih belum memperolehi apa-apa kejuaraan dalam mana-mana saingan selama dua tahun beliau bersama Red Giant.

Pemain yang sudah 11 tahun berada di Liga Malaysia itu meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat membawa Selangor menjuarai satu pertandingan, akan tetapi beliau menegaskan akan bangkit untuk melakukan yang terbaik buat pasukannya.

Safuwan juga menyatakan hasratnya untuk menjulang satu piala dalam Liga Malaysia suatu hari nanti.

Advertisements

“Saya tidak menjangka sudah 11 tahun saya berada di Liga Malaysia, masa berlalu dengan cepat, banyak yang telah saya lalui,” katanya.

“Saya rasa Selangor adalah satu pasukan yang sudah lama tidak pencapai apa-apa target selama lima atau enam tahun setahu saya, agak mengecewakan sebab saya sudah lalui 2 tahun bersama Red Giant, yang paling jauh saya rasa quarter final Malaysian Cup.”

Dalam pada itu, beliau mengharapkan dapat menunjukkan komitmen yang baik untuk lama dalam bidang ini dan mencapai satu per satu impian untuk dirinya dan pasukan.

Advertisements

“Malaysian Cup adalah satu piala yang belum dapat target dalam karier saya, saya harus buat yang terbaik untuk mendapatkannya.”

“Saya ada masa lima atau enam tahun lagi untuk beraksi, saya masih boleh capai target selain daripada Liga Malaysia, saya harap dapat konsisten tahun ini dan untuk kekal sampai bila-bila dalam bidang ini,” jelas Safuwan kepada MFL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram