Ads
Asia
Johor Southern Tigers

Morris Pagniello yang merupakan seorang ejen FIFA mengakui tidak pernah berjumpa dengan pemilik kelab yang memiliki jiwa yang besar seperti Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).

Advertisements

Beliau dalam satu hantaran di laman Instagramnya menyatakan kekagumannya terhadap usaha TMJ untuk membawa perubahan berskala besar kelab dan juga bola sepak Malaysia.

Advertisements

Pagniello juga teruja bertentang mata dengan TMJ bagi membincangkan projek bola sepak yang bakal dilakukan JDT seperti yang sering diberitahu oleh Baginda.

Advertisements

Advertisements

“Saya amat berbesar hati untuk bertemu dan berbincang mengenai projek pembangunan bola sepak dengan Baginda TMJ.”

“Saya tidak pernah bertemu dengan presiden berjiwa besar yang amat merendah diri buat kelab dan pemainnya,” jelasnya.

Advertisements

Malah, beliau juga memaklumkan bahawa JDT bakal melakukan satu projek pembangunan bola sepak yang melibatkan bakat muda di Johor.

Usaha yang dilakukan oleh Martin Prest turut mendapat pujian atas segala keringatnya sekaligus membantu JDT mengekalkan kejuaraan Liga Super selama 9 musim berturut-turut.

Beliau turut menjadi individu penting yang memberi bayangan bahawa bekas bintang Atletico Madrid, Radamel Falcao akan menyertai skuad Harimau Selatan.

Advertisements

JDT bakal membuka tirai musim 2023 dalam aksi Piala Sumbangsih apabila dijadualkan bertemu Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram