“Motivasi Pemain Terengganu Kini Final Piala Malaysia” -Matyo
Piala Malaysia
Astro Arena
Advertisements

Selepas mengharungi saingan Liga Super musim ini dengan penuh turun dan naik, Terengganu FC kini mungkin sudah mengalihkan fokus bagi menghadapi aksi final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijadualkan 8 Disember depan.

Bagi bekas pemain Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan gelaran Matyo, beliau berpendapat aksi final Piala Malaysia akan dijadikan motivasi terbaik buat barisan pemain Terengganu.

“Sebagai seorang pemain, sudah tentu motivasi berada di tahap yang tertinggi. Sebagai pasukan, kita akan beraksi di final bertemu JDT, di Piala AFC kita juga masih mempunyai peluang yang agak baik.

Advertisements

“Cuma motivasi final akan jadi penentu segala-galanya buat prestasi pemain-pemain Terengganu untuk terus meningkat,” jelas Matyo kepada Astro Arena.

Terengganu menerima tamparan hebat apabila dibelasah 0-4 oleh Sabah FC di gelanggang sendiri. Keputusan itu nyata menimbulkan sedikit tanda tanya, adakah Terengganu sudah bersedia menghadapi JDT?

Kekalahan besar itu menyaksikan Terengganu kekal di tangga ke-6 Liga Super. Untuk terus kekal beraksi di pentas asia musim hadapan, Terengganu wajib menewaskan JDT di pentas akhir Piala Malaysia.

Advertisements

Satu slot ke Liga Juara-Juara AFC sudah disahkan menjadi milik JDT selepas pasukan itu berjaya menjuarai Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram