MPFL 2023: JDT, Selangor, Pahang Rangers dan Terengganu Berpesta Gol di Shah Alam
Futsal
Pahang Rangers FC
Advertisements

Tiga pasukan pilihan dalam saingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) 2023 iaitu Johor Darul Takzim, Selangor MAC dan Pahang Rangers ketiga-tiganya berpesta gol dalam aksi di Kompleks Sukan Panasonic, pada Ahad.

JDT yang turun beraksi pertama kali selepas berehat pada minggu pembukaan, membuka kempen dengan penuh bergaya, apabila membelasah Shah Alam City 8-2.

Skuad dibarisi himpunan pemain bintang JDT membuktikan reputasi mereka apabila tampil garang walaupun pada satu ketika Shah Alam City berjaya memberikan tentangan dan hanya ketinggalan 1-2 di separuh masa pertama.

Advertisements

Tonggak skuad kebangsaan yang dipancing dari Pahang Rangers, Abu Haniffa Hasan meledak hatrik pada minit ke-3, 23 dan 35 manakala seorang lagi pemain kebangsaan, Azri Rahman turut menjaringkan hatrik pada minit ke-20, 33 dan 36.

Dua lagi jaringan buat skuad Juan Antonio Garcia hadir menerusi jaringan sendiri pemain tuan rumah, Zainal Abidin Hamzah serta Daniel Dain.

Kemenangan tersebut menyaksikan JDT berada di tangga kedua MPFL Kumpulan B dengan tiga mata, di belakang juara bertahan Selangor MAC yang menerajui carta liga dengan enam mata setelah mencatat kemenangan kedua dalam aksi yang berlangsung lebih awal.

Advertisements

Selangor MAC membelasah Kuala Lumpur 7-0 menerusi dua jaringan oleh Ali Ebrahimi dan Navin Das Arokiadass manakala Bukhari Samsudin, Aidil Shahril dan Syed Aizad Daniel menyumbang satu gol masing-masing.

Sementara itu, Pahang Rangers pula unggul sebagai peneraju Kumpulan A, setelah mencatat kemenangan besar kedua menewaskan KPT-Mustang 7-1 menerusi jaringan tujuh pemain berbeza.

Skuad Gerard Casas yang cemerlang membenam Sabah 9-1 dalam aksi pembukaan, meraih jaringan menerusi Mahadir Harahap, Saiful Nizam Md Ali, Sufri Shamil, Farhan Khairul Anuar, Matheus Gonzalez, Hamdin Zharif serta gol sendiri oleh Iskandar Alif.

Advertisements

Turut mencuri tumpuan adalah pasukan Terengganu yang merakam kemenangan sensasi 12-0 ke atas ATM. Mereka mendahului 7-0 di separuh masa pertama dan menambah lagi lima gol di separuh masa kedua.

Fitrah Mohamad menjaringkan tiga gol, Syed Shahrul Niezam dan Aqim Salihudin menyumbang dua gol, manakala Anwarnullah Alias, Luqman Yaakob, Amirrul Izad, Irwan Mazlan serta gol sendiri Raziman Opao melengkapkan kemenangan buat Terengganu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram