Mukhairi Ajmal Memang Luar Biasa
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Kapten pasukan bawah 23 tahun negara, Mukhairi Ajmal terus mempamerkan kualiti dalam persembahannya apabila berjaya membantu pasukan untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Thailand semalam.

Beliau turun dalam kesebelasan utama pasukan bergandingan bersama Nik Akif Syahiran mengemudi jentera tengah nyata memberi impak yang cukup baik.

Mukhairi jelas berada dalam kelas tersendiri apabila kelibat beliau berada di seluruh pelusuk padang sekaligus membuatkan jentera tengah anak buah Manu Polking seakan tidak bernyawa.

Advertisements

Para pemain jelas memanfaatkan kelebihan selepas Thailand beraksi dengan 10 pemain apabila hantaran-hantaran pemain berusia 20 tahun ini seringkali membuka ruang dan peluang melakukan serangan.

Beliau juga mempunyai visi yang cukup baik untuk melihat rakan sepasukan yang sering melakukan larian-larian pantas untuk menerima hantaran.

Kebolehan melakukan hantaran jauh dengan tepat menjadi aset terbaik buat bintang muda Selangor ini untuk terus membantu Malaysia.

Advertisements

Hasilnya, larian ke dalam kotak penalti dilakukan oleh Mukhairi seterusnya beliau melakukan hantaran lintang jarak dekat sebelum disudahkan oleh Danial Asri pada babak kedua permainan.

Beliau juga kerap kali memanfaatkan sepakan percuma yang diperoleh pasukan negara namun tidak diterjemahkan dengan sebaik mungkin oleh rakan sepasukan.

Persembahan cemerlang Mukhairi telah membantu pasukan meraih 3 mata dan sudah pasti bakal menjadi aset utama menjelang perlawanan-perlawananan berikutnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram