Mukhairi Ajmal Dan Nik Akif Tiada Tiket Khas Masuk Kesebelasan Utama Skuad B-23
Dunia
FAM Official
Advertisements

Pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney menegaskan tiada tempat khas buat dua tonggak tengah Mukhairi Ajmal dan Nik Akif Syahiran untuk sentiasa berada dalam kesebelasan utama.

Jelasnya, tiada pemain yang akan mendapat merit dan perlu bersaing dengan rakan sepasukan yang lain untuk menembusi kesebelasan utama menjelang Piala Asia B-23 di Uzbekistan.

“Setiap pemain berpeluang dan kedua-dua pemain ini (Mukhairi dan Nik Akif) adalah pemain utama dan sangat bagus mereka juga tersedia untuk pemilihan

Advertisements

“Kami akan mengambil setiap perlawanan mengikut meritnya sendiri, supaya perlahan-lahan membentuk apa yang kita panggil kesebelasan utama tetapi buat masa ini agak awal untuk mengatakannya,” katanya kepada Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Maloney berkata persaingan sihat dalam skuad B-23 negara kini terserlah di dalam sesi latihan dan agak sukar untuk menetapkan kesebelasan utama buat masa ini.

“Setiap pemain mempunyai peluang berlawan dan terdapat banyak persaingan dalam kumpulan ini walaupun ketika latihan…semua pemain sentiasa mahu menunjukkan mereka layak berada dalam kesebelasan utama,” katanya.

Advertisements

Pasukan Malaysia B-23 diletakkan dalam kumpulan C Piala Asia B-23 bersama-sama juara bertahan, Korea Selatan dan dua gergasi Asia Tenggara iaitu Thailand dan Vietnam. Pasukan negara bakal memulakan kempen dengan menentang Korea Selatan pada 2 Jun, diikuti Thailand (5 Jun) dan Vietnam (8 Jun). Dua pasukan di tempat teratas akan mara ke pusingan suku akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram