Mukhairi Ajmal Tidak Mahu Terlalu Selesa Selepas Tambat Hati Dua Jurulatih
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain tengah pasukan Selangor FC, Mukhairi Ajmal mahu membalas sepenuhnya kepercayaan yang diberikan oleh barisan kejurulatihan selepas beliau turut disenaraikan dalam skuad bawah 22 tahun negara.

Sebelum ni, pemain berusia 19 tahun ini baru sahaja menghabiskan dua perlawanan persahabatan bersama skuad kebangsaan dan menjadikan ia merupakan debut di bawah kendalian jurulatih berpengalaman, Tan Cheng Hoe.

Namun begitu, khidmat beliau turut ditagih oleh pasukan Brad Maloney yang ingin membentuk gandingan mantap sebagai satu pasukan dan yakin bahawa kehadiran anak jati Pahang ini mampu untuk menjelmakan sesuatu buat pasukan negara.

Advertisements

Sungguhpun ia merupakan detik terindah buatnya sebagai seorang pemain, namun Mukhairi tidak mahu terlalu selesa dan sedia bekerja dengan lebih keras untuk memastikan kejayaan berjaya diperolehi bersama skuad ini.

Kapten pasukan ini juga melaungkan keyakinan bahawa pengalaman yang diperolehinya semasa menentang Jordan dan Uzbekistan akan dimanfaatkan sepenuhnya.

‘InsyaAllah saya akan bawa pengalaman itu ketika beraksi bersama skuad bawah 23 tahun negara.’

Advertisements

Sambil itu, beliau percaya bahawa kerja keras perlu diteruskan agar dapat menjamin tempatnya bersama skuad kebangsaan.

‘Saya tak boleh duduk terlalu selesa dan perlu memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin, kalau tidak, pemain lain akan mengambil peluang.’

Mukhairi mendapat pujian oleh para penyokong selepas memperagakan kematangan sungguhpun hanya dimasukkan sebagai pemain gantian oleh Cheng Hoe.

Advertisements

Ini pastinya bakal ditagih oleh Brad dalam usahanya untuk membantu skuad bawah 23 tahun negara meraih keputusan yang positif.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram