Nafuzi Akui Terengganu Tertekan Jumpa Kuching City
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Walaupun di atas kertas, kelebihan jelas sekali menjadi miliki Terengganu FC namun aksi suku akhir Piala FA bertemu Kuching City malam ini bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah.

Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain berkata tekanan tinggi mula dirasai oleh para pemainnya selepas para penyokong sudah tentu mahukan pasukan kesayangan mereka mara ke pusingan seterusnya.

“Di atas kertas kita (TFC) mungkin memiliki kelebihan kerana kita bertemu dengan pasukan Liga Premier (Kuching City FC) di suku akhir.

Advertisements

“Tetapi hakikatnya kita akan merasai lebih tekanan kerana harapan daripada peminat amat tinggi untuk kita mara ke peringkat seterusnya,” katanya ketika ditemui Bernama semalam.

Pasukan yang digelar ‘Sang Penyu’ itu juga menerima tamparan hebat apabila tiga tonggak utama pasukan tidak dapat diturunkan malam ini gara-gara kecederaan yang dialami.

“Antara pemain yang cedera dan mungkin tak dapat beraksi ialah Faisal Abdul Halim, penjaga gol Suhaimi Hussin dan Manuel Ott yang mengalami kecederaan dalam dua perlawanan sebelum ini,” katanya.

Advertisements

Nafuzi dalam masa yang sama akui teruja untuk berdepan dengan Kuching City kendalian bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti yang beliau anggap seperti seorang ‘sifu’. Kedua-dua individu ini pernah bekerjasama dalam membimbing Terengganu beberapa tahun yang lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram