Advertisement
Nafuzi ‘Steady’ Ke Padang Latihan Naik Yamaha SS
Dunia
MakanBola
Aidir Muslimin / Aidir Photoraphy

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain dilihat hadir ke padang latihan Terengganu FC dengan menaiki sebuah motosikal lagenda iaitu Yamaha SS.

Video yang sempat dirakam jurugambar pasukan Terengganu, Aidir Muslimin telah dimuat naik ke laman aplikasi Tiktok. Hantaran itu terus tular dan mencuri perhatian ramai lebih-lebih lagi dalam kalangan penyokong ‘The Turtles’ sendiri.

Motor lagenda yang berwarna merah itu telah dipadankan dengan no plat rare iaitu NAF 421 yang membawa erti NAFUZI. Sebelum ini, Nafuzi juga pernah tular ketika beliau melapor diri dengan menaiki kereta kelisa.

https://vt.tiktok.com/ZSRW3d3X1/

Difahamkan, jurulatih berusia 44 tahun itu hadir ke sesi latihan pasukan Terengganu di sebelah petang bagi persiapan pasukan menjelang aksi kedua pusingan 16 saingan Piala Malaysia 2022 bertemu Sri Pahang.

Pasukan Terengganu bakal menanti kunjungan Sri Pahang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dalam usaha mengesahkan slot ke suku akhir malam ini. Ketika ini anak buah kendalian Nafuzi Zain sedang mendahului Sri Pahang secara agregat, 5-1.