Nafuzi Zain Bongkar Misteri Kehilangan Tchetche Kipre Bersama Pasukan Terengganu FC
Dunia
terengganufc
Advertisements

Pengendali pasukan Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain mengakui kehilangan khidmat Kpah Sherman dalam perlawanan menentang Selangor malam esok bakal diisi penyerang import lain.

TFC mempunyai dua lagi opsyen untuk diletakkan sebagai penyerang iaitu Tchetche Kipre dan Jordan Mintah. Nafuzi akui mengharapkan Sherman namun beliau melihat kedua-dua pemain ini sudah bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan esok.

“Memanglah kita mengharapkan Sherman kerana beliau sekarang tengah on form, dua gol dalam dua perlawanan sebelum ini. Tetapi kita masih ada pilihan lain di posisi penyerang iaitu Tchetche atau Mintah untuk ganti.

Advertisements

Kehilangan Tchetche Kipre dalam skuad TFC juga terjawab. Kipre hanya turun sekali sahaja iaitu aksi pembukaan menentang Petaling Jaya City FC (PJ City) di mana TFC tewas mengejut 0-3. Selepas kekalahan tersebut, nama Kipre tidak tersenarai dalam dua aksi berikutnya.

Nafuzi melihat perkara itu sebagai perkara biasa apabila kadang kala perubahan taktikal perlu dibuat untuk pasukan dan ketiadaan Kipre bukanlah disebabkan penurunan prestasi.

“Tchetche sebelum ini kita ketepikan kerana guna satu penyerang sahaja atas faktor taktikal, bukan prestasi,” katanya ketika ditemui Sukan Sinar pada sesi latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini, malam tadi.

Advertisements

Mengulas mengenai perlawanan malam esok menentang Selangor, beliau berharap mampu mengutip 3 mata penuh di hadapan penyokong sendiri. Dalam masa yang sama, beliau akui Selangor merupakan pasukan yang bakal mencabar kejuaraan musim ini kerana mereka belum pernah tewas lagi.

“Agak sukar juga untuk kita menang, tetapi kita sudah menunggu lama untuk bermain di hadapan penyokong sendiri dan harapnya malam esok kita dapat kutip tiga mata penuh untuk teruskan momentum kemenangan.

“Selangor musim ini boleh dikatakan sebagai pasukan pencabar kejuaraan dan mereka juga belum kalah dalam mana-mana perlawanan musim ini,” katanya yang juga beranggapan barisan pemain Selangor musim ini adalah yang terbaik di setiap posisi.

Advertisements



Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram