Nafuzi Zain Dalam Dilema
Dunia
Aidir Photography
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain dilihat dalam dilema untuk melepaskan beberapa tunggak utamanya ke kem latihan skuad bawah 23 tahun ketika pasukannya masih merangkak untuk konsisten dalam saingan liga.

Bagaimanapun, sebelum ini Nafuzi tetap positif dengan penundaan dua perlawanan akibat Covid-19. Perkara itu juga telah memberi kesan terhadap fokus pemain. Kini beliau terpaksa merestui sembilan pemain utama daripada pasukannya untuk beraksi di Sukan SEA Vietnam selama dua minggu.

Dalam pada itu, menurut laporan daripada Stadium Astro, belum ada apa-apa lagi kata putus dari Brad Maloney tentang perundingan yang sedang berlaku antara mereka.

Advertisements

Nafuzi juga akui dalam perlawanan sebelum ini banyak kelemahan dan kesilapan yang perlu diperbaiki dengan segera supaya dapat menyiapkan pasukan ke saingan seterusnya.

Dalam masa yang sama, Skuad Penyu jelas perlu bekerja lebih keras dalam aksi seterusnya terutama selepas memulakan liga agak lewat berbanding pasukan lain.

Selepas ini, Terengganu FC dijadualkan beraksi menentang pasukan Selangor FC malam esok di laman sendiri.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram